Thursday, April 11, 2013

Novel Review: Rindu Dalam Sepi

This will be my first novel review!


 




Yup~! Rindu Dalam Sepi by Siti Khadijah. The cover is very refreshing to look at. I am very amaze with Karya Seni's cover designers. They always design the prettiest novel covers! Anyway off with the sypnosis...
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”
(Taken from: Karya Seni website www.karyaseni.my )

My review:
I like this novel so much. Even so, I take a long time to start reading this novel simply because I don't have enough time to do so. (Sad!) Mcm cerita novel2 lain, novel ni menggunakan formula yang sama (benci-kahwin paksa-cinta-drama). Tapi apa yang membezakan novel ni ngan novel lain for me ialah cara pengolahan ceritanya yang menarik. Once da start baca, I read it until it finishes. Watak-watak dalam novel ni ialah Ammar Mukhriz, digambarkan sebagai seorang yang sangat ego sehingga sanggup menyeksa perasaan isterinya sendiri. Manakala isterinya, Ainur Mardiyah merupakan seorang yang sangat cantik, tetapi selalu menafikannya. Mardiyah seorang yang cekal dan tegas dengan pendiriannya. Dia juga setiausaha kepada Ammar. Akibat satu insiden yang tidak diingini, mereka akhirnya diijabkabulkan tanpa kerelaan diri masing-masing. 

Dengan adanya watak2 sampingan yg menyokong perjalanan cerita ni, Ammar mula menyedari makna Mardiyah di dalam hidupnya. Simply said, he's starting to realize his wife's existence and jealousy sparks within him. Apabila benci bertukar menjadi cinta, Ammar kini menjadi seorang yang mendambakan kasih dari isterinya sendiri. Mampukah dia memusnahkan benteng yg dibina kukuh oleh Mardiyah? Bolehkah dia menerima lelaki yang seringkali menghancurkan harapannya...?

Keseluruhan cerita ni very enjoyable and not bad for a first time writer, Siti Khadijah. Big applause to her! I seriously becoming her fan and I am looking forward for her next novel. Btw, she also has her own blog, please kindly check it out http://merahlavender91.blogspot.com

Kawan2 sekalian, what do you think about this novel? Like it or nope? Please kindly comment! 

Harga buku ni RM22 for West Malaysia and RM25 for East Malaysia. If you all interested, you can buy it from me!! :)

Total Love Reviews: 4.5 Stars








No comments:

Post a Comment